Thursday, July 11, 2013

Moist Chocolate Cake



Allhamdulillah.. di kesempatan ini nak ucapkan selamat berpuasa buat semua mislimin dan muslimat moga Ramadhan kali ini memberi sejuta keberkatan dan rahmat buat kita. Segala kekhilafan harap dimaafi.. Disini juga nak letak beberapa gambar kek coklat lembat yang buat sepanjang bulan ni.. satu tuk makan2 sendiri lagi satu sempena reunion kecil-kecilan yg buat kat rumah 7 Julai hari tu.. tuk resepi nyer..

 RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS
 CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah

BAHAN-BAHAN 
**100 gm serbuk koko 
**1 tin susu  cair 
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
 **250 gm susu pekat 
250 gm gula kastor- emi kurangkan kpd 190 gm shja
 4 biji telur - pukul hingga berbuih(emi guna 5biji saiz kecil ) 
150 gm tepung gandum 
1st soda bikarbonat
 1 st baking powder 

Cara-Cara

 1. Campurkan kesemua bhn bertanda **dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 

2. Satukan dgn telur dan gula. Pukul hingga kembang. Campurkan bahan ini bersama campuran tadi. Gaulkan bhn2 kering dan ayak, campurkan sedikit2 kepada campuran tadi sehingga sebati. Elakkan dari berketul.

 3. Masukkan ke dlm loyang yg di gris. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Chocolate Ganache 

250gm cooking chocolate
180 gm whipping cream 

1. cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. 
2. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya.
 3. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.






1 comment:

Cida de' Nuanza said...

sedap plak tgk kek coklat...lama x mkn