Friday, June 7, 2013

Pau Lembut ButterMilk

Salam..selamat petang.. ape menu minum petang hari ni.. Kami makan pau.. 1st time buat.. dah lame hajat di hati nak mengepau.. menu dari ROS aka jintan manis.com dah lame tersimpan, buatnyer tidak jugak.. hari ni tercapai gak .. itu pun hasilnyer kurang lembut sikit sebab kekurangan yis huhu.. lain kali ikut resepi betul2 key.. ape2 pun masih sedap di makan..terima kasih ros sumbang resepi..dan tips yg sangat menbantu (lame dah x aktif blog masak2 ni) mintak izin share kt sini yer

Pau Lembut ButterMilk (emi dpt dlm 15 ketul)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( bahan doh pau)
400 gram tepung roti ( kalau guna tepung pau lagi bagus) emi guna tepung pau
100gram tepung gandum
200ml buttermilk (susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan )
100 ml air suam
2 sudu kecil baking powder
50 gram shortening @ lemak sayuran
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
8gram atau 3 sudu kecil yis emi guna 6 gram je sbb xcukup huhu
Untuk Inti: ros guna inti kacang merah, kaya dan krim coklat.emi guna initi kaya dan kari ayam

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pau dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, permukaan doh kena licin dan masa menguli amat penting bila membuat doh pau, pastikan doh betul lembut dan licin sebelum diperap,  perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin. ( jika menggunakan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah 2 di bawah) .

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil (15 bahagian 70gm setiap satu) dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, kaya, krim coklat ataupun ape jua inti kegemaran anda,  tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. Jika pau kecil-kecil, cukup hanya 5 ke 6 minit sahaja. emi buat dalam 10 minit
 
Nota Tambahan ros jintanmanis.com

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja), jika buat pau yang comel, 5 ke 6 minit sudah mencukupi.
3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
5. Jangan buka penutup sebelum masa yang ditetapkan, kalau asyik buka penutup pengukus tu, haba sejuk membuatkan pau sensitif dan pau akan mengecil dan permukaan nye berkedut.
6. Untuk pastikan pau yang dihasilkan putih melepak-lepak pastikan guna bahan yang putih, contohnya guna shortening, jangan guna butter atau marjerin.
7. Di sarankan guna tepung pau, jika ade lah, tepung pau adalah tepung low protein.
8. Jika sudah nampak pau yang siap diletak inti tu sudah naik dua kali ganda, terus kukus, jangan over perap, nanti liang dalamnya belubang-lubang bila terlebih masa perapan.


No comments: