Monday, May 31, 2010

Mangga Panna Cotta

Salam buat semua..buat dessert ni memandangkan banyak dapat buah mempelam dgn kuinin balik dr kg weekend lepasni..aceli guna kuinin buat panna cotta ni..not bad..org yg tgh batuk-batukan ni pun kjp je licinkan. haisshh cmne nk pose bnda sejuk2 gini time panas2kan..kan.."racun tu adalah penawar"hhi..okey resepini rujuk kat blog k.hana..leh la tgk kat sane ye gambar emi ni xle secantik kt umah k.hana tu..thnks ya buat k.hana n penyumbang resepi ni yer..best!

Bahan-bahan
7g gelatin + 3 sudu besar air panas
2 ½ cawan susu segar -emi guna susu cair
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila
Buah2an pilihan - emi guna kuinin

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dan air panas.Satukan hingga sebati tanpa ketul2.Kemudian ketepikan.
  2. Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
    Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
  3. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.
  4. Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula.
  5. Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.
  6. Siap dihidang.

2 comments:

ain said...

sedapnya panna cota emi!! kat sini cuaca tgh pns, klu dpt segelas sedapnya wlupun bdn tgh tak sihat ni!hihi

emilia said...

tula kak sme la saye ni..ibu n anak selsema batuk2..tp xleh thn nk gak mkn hihi

Animated  Sparkly Love Heart