Tuesday, May 11, 2010

Kek Coklat Kukus

Salam kembali..allhamdulillah internet umh n da pulih dgn adenya pemasangan streamyx ni. Insyaallah leh la update blog n cite2 yg da lameeeee tertangguh sblm ni..okey2 jom tgk kek kukus coklt yg minggu lepas buat ni mse besday iman tuk di sedekahkan kat jiran2. sbb xde oven guna la peng "kukus" ciptaan sendri tuk buat kek ni..nasib la jadi..niat bk kot nak bg org. okey tuk resepi leh tgk kat bwh ni..rujukan drpd buku nota memasak ku xingt amik dr mne.
Bahan-bahan
1 1/4cawan tepung gandum
1cawan gula perang
1cawan serbuk koko
1cawan susucair/susu segar/susu perisa coklat
1cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
3butir telur
1sk soda bikabonat
1sk baking powder
2penutup esen vanila
Ganache:
1sb minyak
1sb perasa coklat
1/2cawan susu pekat
Cara-cara
  • Ayak tepung, soda bikabonat, baking powder dan koko.
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat dan minyak dalam periuk dan kacau perlahan-lahan. Masak dengan api kecil hingga semuanya larut. Sejukkan seketika.
  • Sementara itu, pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  • Gaul rata adunan dan masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaul sebati dan tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45minit-1jam.
  • Setelah sejuk hiaskan dengan ganache yg didouble boilkan.

Siap..kek coklat kukus yg simple

1 comment:

ain said...

akak pun tiba2 teringin nak mkn kek coklat yg dikukus. klu rajin sat lagi nak mengukus la. Insyaallah!!

Animated  Sparkly Love Heart