Tuesday, May 18, 2010

Ayam Berempah

Salam buat semua..fuhh lme xbersiaran..xtau la angin ape yg melanda yg membuatkan ke MALASAN tahap gaban ni..macam ade kuasa je bila masuk dapur tu automatik jadi mls (alasan la ni)padahal list da mmg panjang berjela-jela da plan nk masak ni masak tu..last2 xjadi jugak..mybe sbb hb ade kursus ni xblik tghri so mls pulak nk mkn tu perut sendri. bila da ptg ni bru la ade sikitttt kerajinan..yela kan xkan nk ngadap megi lak dinner mlm kang. oekey menu ni dok intai2 kat umah kak ika nun..rasenyer ala2 rendang gitu. resepi asal oleh kak Nur, tp ni copy dr umah KAK IKA . thanks ya buat akak2 berdua..mintak izin pnjangkan resepi di sini ya..

Bahan-Bahan
(emi kurangkan sukatan ikut kuantiti ayam)
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara

  • Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  • Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
  • Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka. (terlupa pulak nak masuk )

2 comments:

ain said...

akak pun sama malas tahap terlampau. ikan atau ayam asik kuar masuk fridge je. masak nya tak gak.hehe

ijayuji said...

Salam emi! dtg malam2 niii nak bwk balik ayam berempah tu, dah semalamn lg sedap! :D ada lg tak? ehehe

Animated  Sparkly Love Heart