Tuesday, May 25, 2010

Choco Mousse Brownies

Tarra..yeah berjaya juga ku sangkal segala kemalasan, hrni dapat gak membaking. secara langsungnyer merasmikan buah hatiku yg baru tu...tapi ade tragidi sikit la..mse bakar kek tu tdi naik hanggus..masih belum serari lgi dgn oven baru ni kot..pasni kne study balik buku manual huhu..ape2 pun kek ni mmg sedap bukan sebab pembuatnyer tapi sbb resepinyer tau..mkn sejuk2 time kemarau2 gini ni mmg ler terpejam mate menikmati penuh nikmat..fuhh ayat..hihi resepi ni tgk kat jintan manis.com ros manakala resepi asalnyer oleh k.yani..leh tgk gak kat my resepi ..thnks ya..

Bahan-bahan ( 18cm ) - resepi asal dari Kak Yani Myresipi
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara

1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

13. TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

da siap potong daa..jemputla yer amik piring kat bawah tu ekk..sila2x

3 comments:

ijayuji said...

Salam emi, dtg nak tuntuk choco mousse tu yaaaa... akak mousse2 ni baru buat sekali guna strawberry yg cekelat ni harus sedap sbb dia mcm eskrem kan? mkn sejuk2 tp kat luar tu mendung lah pulak kena carik menda2 yg hangat sedap ni.. akak bwk balik tauuuu choco mousse ni taW! pinggan kosong tu pun akak angkut sekali ya hihihi...

ain said...

wahhh...sedapnya emi!!!! nak sikit!

emilia said...

to k.ika..hehe camne da ghase lum?

to k.ain..meh la ade tinggal 2 potong je lgi ni..cptt