Tuesday, June 1, 2010

Kek Pisang Gebu

Salam semua...da minum ptg?jom minum ptg sme2 jom pekena kek pisang gebu ni resepi dr jintan manis.com oleh ROS. Bagi yg nk try bolehla ke blog jintanmanis tu atau rujuk kat bawah ni yer.untuk pelbagaikan lagi resepi2 kek pisang. Thnks ya ros mintak izin lanjutkan resepi kat sini yer..

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minti atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba


2 comments:

ijayuji said...

Salam emi! akak pun nak buat mangga panacotta tu lagi hihihi pisang tu pulak akak tak tahu nak kerjakan lagi dah masak sgt2 tu asyik kek jerrr pastu muffinnn jerrr hihihi... haih! nk buat apa ya dgn pisang tu? huh! akak bwk balik 2 potong kek pisang mmg akak suke :D

emilia said...

to k.ika pisang tu buat panna cotta gk la k.ika nyum2x..amik2..da byk saya tapau dr umh k.ika da..hihi

Animated  Sparkly Love Heart