Monday, August 3, 2009

Cheese Bun

Untuk minum petang harni buat cheese bun. Resepi by tokey my resepi..sifu Yani. Leh tgk link ni Cheese bun.Bun ni berintikan cheese kt dalam..cair2 gitu..sesuai tuk minum petang bersama secawan coffea sejuk. Klo prsan ade bun yg belang2 kat belakang tu. Tu buat perasa kastard pulak tp tercair lak cream kastardnyer..hehe..okeyla mlas lak nk cite pnjang tgk resepi je la ekk..

Bahan-bahan ( 8 biji )
140ml air
200g tepung roti
20g tepung jagung (corn flour)
14g gula
4g garam
20g butter
4g dry yeast
80g cheese(mozarella cheese, cheddar cheese atau yg disukai)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali cheese. Pilih menu untuk buah doh. ON kan.
  • Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
    Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan selama 10~15 minit.
  • Ambik sebiji roti, leperkan. dan masukkan cheese. Tutup rapat-rapat. Buatlah biar jadi bentuk bola ragbi.
  • Celup roti ke dalam tepung jagung. Kemudian potong dibahagian tengah
    Biar naik 2 kali ganda.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau hingga perang

2 comments:

blogresipi said...

Cantik2 je Emi kalo meroti... bulat2 cute jer... kalo dpt wat sarap esok best nie.hehe

emilia said...

jom srpan sesama k.ijan..kita mkn bun cheese cicah kopi susu..:)