Monday, July 27, 2009

Nasi ayam madu

Lame da xbuat nasi ayam..hrni buat tuk lunch..tp msk lewat sikit sebab kenyang pasta pgi tdi msih terasa..kli ni buat nasi ayam versi madu pulak resepi dari Nadia kt myresepi...jom mkn jom..resepi ni emi salin yer..

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
  • Bersih ayam. Potong ikut suka
  • Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  • Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
    Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
  • Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
  • Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb cili kisar dan sedikit asam keping. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
  • Selamat menjamu selera...

2 comments:

blogresipi said...

Sedap nampak nasi ayam emi nie... mintak sepinggan :)

emilia said...

mmg best la bubuh madu tu k.ijan..lain kli nk buat nsi aym guna rspi ni la best~

Animated  Sparkly Love Heart