Ni first time buat brownies..ermmm xtatau laa jdi ke idak..mcm ok jer..tp xlawOo..agak berderai sikit. Resepi ni amik dr dapur k.hana cuma otter sikit bab krimnyer tu..wat coffee cream. Nila menu minum petang kami..snap gmbor 3ketui jer tuk kami bertiga 1org satu yer..hihi..sape nk potong sndri dlm loyang tu yerr:)..mintak izin kopie paste yer k.Hana&tokey2 resepi yg seangkatan dgnnyer..
**********************************************
Bahan2-emi buat 1/2 adunan jer drpda resepi bwh ni
Bahan A (sebatikan)
1 cawan susu segar
1 cawan susu segar
1 cawan butter yang dicairkan
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
Bahan B (diadun sebati)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan C (diayak)
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*****************************************************
Creamy Brownie Fosting
Bahan2
3sb butter-lembutkan
50g coklat ape2
1sb madu
1/2sk esen vanila
1sb coklat emulco- emi gnti dgn 1sb bncuhan kopi
3sb susu segar
Cara-cara buat brownie
- Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
- Sebatikan semua bahan A.
- Tuangkan pula bahan B dan kacau.
Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati. - Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar selama 40 - 45 minit.
- Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.
Cara-cara creamy brownie fosting
- Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey dan esen vanila hingga sebati. Masukkan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi. pastu letaklah walnut ke coklat rice ke.. apa-apa je leh yang u all suka.
No comments:
Post a Comment