Thursday, July 9, 2009

Slice Cheese Cake~

Sukenyerr...suke2x..akhirnyer kek cheeseku naik gebu. seronok sgt menjadi. agak ketinggalan gak sbb bru nk buat kek ni..org lain kate da basi kot.xpela..yg pnting..suke!! sbb kli ni jdi! B4 this try resepi ni jadi 'bingka cheese' gara2 xpukul putih telur tu betul2 xjadi meringue. Mase tu xde mixer lagi pukul guna tgn..tula hasilnyer..kli ni bile guna mixer brula meringue tu menjadi. Siap try terbalikkan mangkuk tu jatuh tidak..hihi..Tp lum sempat rase lagi kek ni.. pose hrni..ni yg xsbr ni nk buka..hahaha klah budak kecik. Tapi yg sepotong tu potong tuk iman, suke die mkn..sedap la tu kot..resepi asal drpd Ros. Klik sini. Kat bwh ni sbgai rujukan dan note emi tuk mse akan dtg.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese (emi guna 5 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu) -emi ayak 3kali
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  • Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  • Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  • Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  • Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. kaedah yg ni paling penting!pastikan bile terbalikkan mangkuk tu xtumpah.
  • Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  • Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  • Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

picture kek sebelum ni yg xjadi..buat mse bulan 2 hrtu..

picture gambr kek kali ni...:)

5 comments:

mirza said...

wawawa...kalah ciskek kami~
gebu xhingat ye :D

emilia said...

haha..ni kes terliuq tengok kek2 kt Capricciosa yg korang gi dgn k.ina tu laa. tu yg pkat buat sndri tu..hihi..nk meh laa dtg umh slgi stok msih ade:)

Anonymous said...

Ewah2.. kembang semangkuk cheese cake dier... gebu betol nampak. nie buat manyak2 tanak ajak tetamu mai umah ker Emi? hehe

emilia said...

hihi...jemput2 sape nk dtg rase jmput2x..k.ijan nk dtg dr jauh pun boleh hihi..

Anonymous said...

best la emi ...jadi....gebi ...puas hati sungguh la thanks emi- noli-