Thursday, July 16, 2009

Roti Pandan Berkaya

Untuk minum petang hrni buat roti pandan kaya ni..ramai gak dah cuba roti ni.K.hana,CMG, cik Manggis dan ramai lagilah yg dah nge"test" roti ni.. So hrni giliran emi pulak. B4 ni pun pernh buat tp resepi lain kli ni guna resepi ni pulak..Tengok bahan2 semua tu mmg ade kt umah, tu yg sng cite tu..terus timbang2 dan on BM..jemput minum petang semua.. resepi asal dr Sifu Rinchan yg femous itew!resepi asal klik sini ni copy dr blog k.hana..mintak halal resepi jer..

Bahan-bahan-emi buat 1/2 adunan jer dr resepi ni
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
Bahan hias:Kelapa kering secukupnya
-Seri kaya secukupnya

Cara-cara

  • UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
  • KAEDAH LAIN : Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  • Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci).
  • Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  • Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25-30minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...


2 comments:

blogresipi said...

Roti nie cicah air kopi sedap nie Emi... :)

emilia said...

betul u k.ijan..emi minum dgn air kopi..2ketui hbs..time roti tu pns2 lg sdp mkn.

Animated  Sparkly Love Heart