Hujann...nmpk gayanya xjdila kua berjln.. untuk lunch tghri ni kami mkn chicken chop with mashroom souce. Nyum2x lme giler xmkn chicken chop. Buat skli lamb chop..melantak betul kami mkn harini. Minum plak dgn homemade apple jus perghhh..Alhamdulillah..
Chicken Chop
Bahan2(2org)
2ketul ayam (thigh boneless)
sos tiram
sos bijan
1inci halia
1biji telur
serbuk roti
Sos cendawan:
cendawan
mentega
air
Tepung jagung
garam secukupnya
Coleslaw:
kobis
lobak
mayonis
secubit garam
cara cara
- Perap ayam dengan sos tiram dan sos bijan dlm 4-5jam
- Celup ayam dengan telur dan golek dengan serbuk roti
- Goreng dengan sedikit minyak hingga separa masak ala2 juicy gitu..
- Mashroom souce: Masak kuah perap tadi dengan cendawan yg dicincang kecil. Masukkan3/4 cwn air dan 1sb mentega. Selepas mendidih masukkan 1sb tepung jagung untuk pekatkannya.
- Coleslaw: Racik kobis dan lobak kecil2. Gaulkan dengan mayonis dan garam
- Hidangkan ayam dengan sos cendawan, kentang goreng, sayur rebus dan coleslaw.
No comments:
Post a Comment