Thursday, May 14, 2009

Yaki soba pan


Selalu gk nampk roti mee ni kt kedai2 sini. Pelik gk bile tgk mee mkn dgn roti. Harini try wat kebetulan bhn2 semua ade n teringat resepi k.ros kt Myr bru2 ni ade keluar. So try ler wat 1/2 adunan jer. Kenyang betul mkn laa..Resepi asal kt
sini . Resepi kt bawah ni pas diedit ikut kesesuaian BM dan kesesuaian bahan yg ade kt umhni..Hehehe. Alhamdulillah..mjadi pas ikut petua dr k.ita..suh tmbh 10gm lg tepung. Tp emi tmbh 20gm teruss haha amikk haa..Tp hasil memuaskan..xyah uli balik pas kua BM. Lembut n gebu jer walaupun guna tpg gndum. Mybe sbb ade bread softener tu kot. Fuhh~Setel da mslh:) Tq k.ita

Yaki soba pan ( roti mee goreng)

Bahan-bahan
160gram tepung gandum
1/2 sudu kecil yis
80ml susu segar (susu da abis..guna air jer)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1/4 sudu garam
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu besar susu tepung
*sedikit mee goreng sebagai inti bun*


Cara-cara
  • Masukkan bhn2 roti ke dlm BM. Set ON Dough.
  • Pas setel..tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2-4 bahagian kecil dan bentukkan bujur, susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Tips dr K.Ros*Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
  • Akhir sekali potong tengah bun dan isi dengan mee goreng.
    bila masak mee goreng untuk dijadikan inti bun ni, kalau boleh jangan guna sayur sawi ye, guna sayur kobis , baru sedap, wrap kemas bun dengan plastic wrap supaya inti mee goreng tidak terkeluar. Selamat Mencuba.

No comments: