Tuesday, May 5, 2009

ROTI JALA & KARI DAGING



Roti jala & kari daging, menu srpan pagi ni. Lame da sbnrnya xbuat roti jala ni. Tu yg merajinkan diri menjala pagi2 lagi. Tu pun terbenti gak la menjala di tgh jalan, iman meragam..Jom kita layan..jemput makan semuaa..


Guna resepi roti jala yg mudah je ni. Resepi roti jala.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  • Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  • Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari daging

Hari ni hari kanak2 kat Jepun ni. Plan kjap lgi nak ke Kyoen, ade aktiviti kanak2 katenye kt sne. ni Iman tgh tdo lagi. Bgun kan siap2 bru gerak. Mmmm tp langit cam mendung je ni...

No comments: