Sempena besday iman harini buat oreo cheese cake.da lme sgt nk try wat. terliur tgk kt umah k.ummi tu. Walaupun rupa xcntik tp rse mmg tip top..alhamdulillah..srnk sgt jdi kek ni. Lagi2 buat kek besday Iman dengan hasil tangan sendiri..:)B pun kte sedapp..Mintk halal resepi yer k.ummi..ni nk c & p jer.
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara-cara
- Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
- Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. - Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
- Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
4 comments:
sedapnya emi.. cantik kek tu... anyway semoga sihat dan cemerlang iman.. dari kami sekeluarga
xcntik la k.ita kek tu.xpndai nk deco.bolehlaa sekadar nk mkn sekeluarga..thank you 4 the wish..:)
Emilia..ok dah la tu..nak cantik camne lagi..janji sedap masuk ke tekak..thanks for trying..Happy belated birthday to Iman ya...sonoklah makan ciskek mama dia buat eh..hehe
tq k.ummi..ats kek tu xputih cam ummi punyer laa..i'll trying againt next time.Practice makes perfect, right?:)
Post a Comment