Tuesday, May 12, 2009

MEE ROJAK

Menu lunch harini. Guna ape yg ade dlm ice box jer. Lame betul xmkn rojak.. Ni wat ala2 rojak mamak..

Rojak mee

Bahan2
3paket mee kuning
1ketul besar dada ayam
2biji kentang dipotong kecil dan digoreng

Cucur:
2sb tepung, sedikit garam, perasa ayam, sedikit air. Goreng dan potong kecil2

Kuah kacang:
2sb cili boh
1cwn kacang diblend
2sb serbuk kari
sedikit asam jawa
1inci belacan
1sb sos tomato
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Rebus mee seketika dan toskan. Goreng kentang dan ayam dan potong kecil2. Goreng cucur dan potong kecil.
  • Kuah kacang:
  • Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang, belacan, cili boh dan serbuk kari hingga naik bau.
  • Masukkan air ikut kepekatan yg dikehendaki dan kacang blend tdi. Kacau sebati dan masukkan sos tomato dan air asan jawa. Rasekan dgn sedikit grm dan gula secukupnya.
  • Hidangkan bersama-sama. Kalo ade timun lg best..

1 comment:

Juwita Jamaludin said...

wah sedap ni.. akak memang suka rojak..

Animated  Sparkly Love Heart