Apple cake tuk minum petang..nyumy2..bru 1st time mkn apple cake..huhuu kesian betul. Sedap rupanya yer hihi. Epal ni da berkurun dlm peti ais bru plan nk buat apple cake ni. Buat byk ni..xhabis mkn berdua..sape nk mkn angkat tgn..hihi..Ni resepi dr k.yani. Mmg best la k.yaninyer resepi2.
Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
- Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
- Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C . Siap untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment