Sunday, May 10, 2009

>>kek yogurt peach<<

Pukul 1230mlm..tgh2 malam ni wat kek..Iman pun da tdo, balik dr kenduri td pun da lewat, gi beli2 brg sikit. Esok komuniti Msia dan Indonesia kawasan sini wat mjlis BBQ. BBQ lagi...hahaha tiap2 minggu dok BBQ jer..bile lagi nk kumpul2 gini kan..nila musimnyerr! so kali ni emi di tugaskan tuk wat dessert. mlm ni wat kek yogurt peach tgk la esok pgi klo bgn2 terajin pulak wat lg stu kek. ok..kek ni resepi dr JIYA myr..
Bahan-bahan
½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)
Cara-cara
  • Panaskan oven 180 degree. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  • Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
  • Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
  • Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
  • Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.
  • Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit.

No comments: