Thursday, January 7, 2010

Nasi Bukhari

Harini pose lgi. Menu buka pose tadi nasi bukhari, kurma daging, salag dan kopok ikan. Makan 1pinggan nasi, 2biji bun dgn 1mug milo. Haa??byknyer mkn?cmtu la emi sllu hihi. Allhamdulillah kenyang..cuma nasi tu rase cam ade xmsk sikit mentah2 sikit..pas tmbh air n msk blik bru ok. Resepi dr blog k.dayang resepi leh tgk kt bwh ni..mintak izin c & p yer k.dayang

Bahan-bahan : utk 4 orang makan
•2 1/2 pot kecil beras Basmathi (direndam 3-4 jam dan dituskan)
•3 pot air
•150 ml susu cair
•2 sudu makan serbuk kari daging
•1 sudu makan rempah Bukhari Faiza-emi guna rempah sup
•1/2 labu bawang besar (dihiris)
•1 ulas bawang putih (dihiris halus)
•1 cm halia (dihiris)
•sedikit daun ketumbar / daun pudina (dihiris)-xletak
•2 sudu makan puri tomato
•sedikit badam (ditumbuk) -xletak
•sedikit gajus (ditumbuk)- xletak
•2 sudu besar minyak sapi (ghee)
•bawang goreng
•1 helai daun pandan (disimpul)
•garam secukupnya

Cara-cara :

  • Rempah dan serbuk kari disatukan serta dibancuh dgn sedikit air. Kacau rata2 dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang2 dan halia hingga terbit bau.
  • Masukkan pes rempah tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan puri tomato dan kacau lagi.
  • Masukkan badam/gajus tumbuk, air dan susu cair. Kacau perlahan2.
  • Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
  • Setelah hampir kering, taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar/daun pudina.
  • Biarkan seketika hingga nasi masak sempurna.
    ***boleh juga guna rice cooker.
    ***gajus dan badam ditumbuk utk menyedapkan lagi rasa pd nasi Bukhari.