Wednesday, February 10, 2010

Yogurt Fried Chicken

Ini kali ke 2 buat YFC dr love recipes ni..b4 this xguna yogurt so kli ni guna yogurt seperti yg disarankan resepi tu. Siap perap semalaman bg kaw rasenyer. cuma emi xletak beberapa bhn sebab xde stok.. tapi still marvellous..betul!..bukan sbb emi yg msk jdi sedap tp olahan resepi ni sememangnyer sedap..rmi yg da cuba semua bg komen positif kan2..thnks love..leh ulang2 dan ulang lagi pasni.. ni emi salin blik dr my resepi jom tgk..

Bahan (A)
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong.
(Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering. )
1 cwn/250ml plain yogurt
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 inci halia ~ ditumbuk halus
1 sb serbuk paprika -emi xletak
1 sb serbuk cayenne -emi xletak
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari -emi xletak

Bahan (B)
1.5 cwn tepung gandum (+tepung beras sikit) -emi tmbh tepung katakuriko+serbuk kari
1 sk baking powder
1 sb serbuk paprika -xletak
1 sb serbuk cayenne -xletak
secubit garam
-------------------------
jus lemon (optional)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2.Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3.Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4.Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5.Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6.Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7.* penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

makan dengan msk lemak kubis & sambal belacan

5 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Emi...wow! Ur chicken definitely looking yummy lor!!! Terliur Love tengok tau..uwaaaaaa! ;)

Tks alot for trying dear, adjusting the recipe according to our taste and stock is normal! No problemo..:)

psst...tenkiu very much for sending some over to Love! Sedappppp! :D

emilia said...

chef dtg..:) tgk kje ank murid yer hihi..thnks to u too:)

ijan said...

salam Emi,
dah sampai jopun gak YFC. sedap kan... kak ijan anak beranak suka gak YFC nie.heheh

emilia said...

wslm..tul2 sedap..aik ank beranak?mikael pun mkn gk ke hihi

norlin said...

emi nak tanya tepung kuraniko tu macammana...then serbuk kari tu kari ayam ek...pastu baking powder tu untuk bagi jadi apa ya fungsi dia....hihi...noli tgh duk buat ni...tapi guna yakult ja...