Sunday, February 7, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek ni buat semalam tapi makannyer harini..sedap biakan semalaman..request dr hb. jarang sgt b mintak buatkan kek ni tiba2 je smlm kte nk kek coklat. So buatkanla..ala2 smbut skli selesai bekerja keras menyiapkan thesis kn. Filling tu pulak doublekan dgn ganache coklat n tmbah dgn cream cheese..best!wlpun deconyer xcntek.Okey b4 ni pernah buat gk eggless coklat kek tp dr blogresepi klini try pulak resepi oleh k.dayang ni. Suke gi blog k.dayang ni mcm2 info ttg membaking ade yg k.dyg sharekan bersama. Resepi yg kat bawah ni emi tgk kat umah K.Nor mintak izin CnP yer..

Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil

•1 cawan tepung gandum*
•1/3 cawan serbuk koko hitam*
•1 sk serbuk penaik*
•1/2 sk soda bikarbonat*
•1/4 sk garam
•3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
•1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
•3/4 cawan air kopi panas
•1/3 cawan susu segar
•1 sk esen vanilla
•1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :

1.Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2.Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3.Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
4.Tapiskan adunan.
5.Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6.Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7.Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Ganache coklat..
coklat masak
butter
susu segar

Cara2: Double boilkan semua bhn2 dan tuang ats kek yg telah disejukkan.

Ganache cream cheese
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional

Cara2: Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke kek..lebihnyer boleh simpan ye

4 comments:

Love2cook Malaysia said...

Wah, cantiknya kek U ni Emi! Toppingnya class!

emilia said...

hehe..love pelanggan pertama jom mkn jom..hehe topppingnyer tu tebal 1inchi lgi hehe

HaSue said...

Nak sepotong...dengan bekas2 love tu skali..hehe

Anonymous said...

Cantiknya topping swirl-swirl tu.Kek pun nampak moist je emi. :)