Thursday, December 16, 2010

Daging Beriani Buah Tamar

Salam..Allhamdulillah kembali berblog lgi hrni setelah 1mgu lbh ke udara. hrni nk sapu sawang2 sikit kat umah ni yg da lame xberjenguk. en hubby pun da selamat kembali dr bertugas di japan selama 8hari. okey. resepi ni mmg dah lame nak test bru hri ni berkesempatan. Daging Beriani Buah Tamar, leh klik kat sini. Sedap dan memenuhi selera anak tekak. thnks ros atas resepi nya. leh buat lagi pasni. Ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahannya

400 gram daging boneless
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, jangan kecil sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3.Selepas itu masukkan susu segar, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

1 comment:

ros@JMC said...

salam emi, trima kasih ya tinggalkkan komen kt jmc selalu, trima kasih sekali lagi sudi wish besday ros..suke sgt2