Thursday, December 30, 2010

Muffin Pisang Choc rice

Banyak benda nak cite akhir2 ni. tp xsempat2 nak post. insyaallah sikit2 nanti. ni masukkan dulu menu minum ptg kami hrni, ni kes nak perabiskn pisang setandan yg dpt dr kg. dapat ilham dr blog k.hana, kebetulan bhn2 semua ade, terus je buat. Resepi asal dr mamafami, ni CnP dr umh k.hana leh tgk linkne kt sini muffin pisang choc rice. Suke bila muffin ni merekah tang atsnyer..baru ade crunchy sikit rasenyer. Okey mintak izin salin resepi disini yer..

Bahan-bahan (11saiz muffin sederhana)

1 3/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur- hana buh 2 biji size S-emi buh 1je
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt plain-emi gnti dgn susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang lenyek
3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam

Cara-cara

1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. 2. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.