Monday, March 8, 2010

Nasi Ayam Madu II



Okey tuk menu kami malam ni tdi buat nasi ayam madu pulak ni da kli keberape da try buat nasi ayam stail gini..cuma bru second time amik gmbr..post lma leh tgk sini.hehe suke rase madu2 tu..okey resepi asal dr nadia my resepi ni emi CnP semula yer..okey babai jumpe lagi nak titunnn~Oyasuminasai

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

•Bersih ayam. Potong ikut suka
•Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
•Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
•Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
•Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
•Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb sos cili dan 1sb cuka. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
•Selamat menjamu selera...

1 comment:

ain said...

sedapnya nasi ayam emi!

Animated  Sparkly Love Heart