Tuesday, March 16, 2010

Strawberry Slice Cheese Cake

Allhamdulillah..lega sikit rase brg2 tu da dihantar.so hrni releks sikit. dan seperti yg dah dirancang emi buat kek ni untuk dijadikan sebagai hadiah terima kasih buat sensei B yg banyak membantu dan memberi tunjuk ajar selama ni. dah suke masak2 mmg xleh la nk duk diam je..mmg da siap2 asingkan peralatan ni tuk bwk naik kpl trbg je nnti. Okey, emi buat kek resepi Slice Cheese Cake dr Ros..boleh tgk versi yg pandan kat JMC ni. Ni emi edit sikit tukar pada perasa strawberry..mintak izin CnP semula ye ros..n mintak ampun emi tambah Strawberry Emulco sikit..jom layan..

Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
1 sk Strawberry Emulco

Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. Tambahkan Strawberry Emulco dan kacau sekata.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang. Selamat Mencuba.



Frosting Cream
400ml Fresh cream
30gm gula
Hirisan Strawberry
Cara:
  • Bahagikan kek kepada 3bahagian. Sapu krim pada setiap bahagian dan tabur hirisan strawberry. Tekan sikit. Hias ikut kreativiti.

2 comments:

Fa'e said...

alahai rajinnya dia.... sempat berbaking2 lagi tu.... bila nak terbang emi? semoga semuanya selamat bagai yg dirancang....insyaallah...aminn...

Fa'e said...

emi... nak tanya lagi nie bab kargo2 tu la...hihihi gomen ne...

emi anto keta + brg2 dlm kontena yg sama ke? ramai yg suggest suruh k fae anto asing. sbbnya kata deyrang keta lmbt kuar nnt brg2 pon sama lmbt kuar jugak, lagi pon kata deyrang kalo kontena berasingan lbh murah... ye ke? adusss... poning dh nie, dok cari kaisha mana yg sesuwai...hehehe

kalo tak menganggu emi la...boleh tak emi bg detail sykt yg emi amik tu & regenya sekali? onegaishimasu...

Animated  Sparkly Love Heart