Thursday, June 18, 2009

Ayam Percik Kelantan

Satu ketika dulu pernah mkn skli kat kenduri kawan kt kelantan dulu lauk ni. best betull..pastu xpernh lgi rase..bile tgk balik resepi ni teringin nk cuba..biasa ayam percik kelantan color putih kan??..tula pasal..tp yg ni xputih lak..cuba jer resepi putra_yanty kt my resepi tu. Kira ok laa..walaupun xsame tp sedap gk mkn dengan nasi 3 warna ummi tu. Ni die resepi nyer..

Bahan-bahan ( Satu Keluarga )
Seekor Ayam
1 liter santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Batang serai
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
3 tangkai cili kering
Garam dan gula


Cara-cara

  • Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).

  • Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.

  • Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.

  • Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)

  • Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)

  • Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak. (emi panggang je atas kuali pastu kuah byk sikit tuang atas ayam tu bile da siap panggang)

No comments: