Monday, June 29, 2009

Meron Pan


Untuk minum petang hrni wat meron pan ni..mmg dah lame sgt resepi ni masuk list tapi xbuat2. 1st time makan meron pan ni mse bulan 3 hari tu, mase jalan2 kat tokyo. Memang best..bila cari2 kat sini jumpe tu jumpe cuma semuanyer xboleh mkn pulak..erm..tu yg plan roti ni masuk list. Harni bru buat hihihi..ok resepi ni amik dr Sifu yani kat my resepi..untuk resepi bergambar click sini . Emi buat 1/2 adunan jer drpd resepi.

Bahan-bahan ( 10 biji )
>> ROTI<<

125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast
>>COOKIE<<
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips (emi ganti dengan serbuk koko)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  • Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh.
  • Kemudian bahagikan kepada 2. Satu bahagian letaklah chocolate chips. Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  • Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  • Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  • Canaikan cookie .Letakkan cookie ke atas roti .Celupkan bahagian cookie ke dalam gula. Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  • Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  • Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

Sebelum dibakar.....

4 comments:

blogresipi said...

First time kite tgk resipi meron pan nie... rasa dia cam pau ke Emi?

emilia said...

xlaa..rasenye mcm roti..cuma atasnyer tu(cookies) keras sikit..ade cookies tu yg tmbah sedap roti tu..try la k.ijan:)

naba the mutant said...

boleh order?....;)

emilia said...

hehehe...

Animated  Sparkly Love Heart