Thursday, June 4, 2009

Bun Pandan Kaya

Bun kecik molek ni buat breakfast pgi td. Tp masih belum expert ar bab2 meroti ni. kne byk lgi mempraktiskan diri.."practice make prefect" yup!! resepi ni tgk kat blog Ros atau nama glamornyer onigiri itu..hamba mohon tuk kopie n paste yer..

Bun Pandan Kaya Sri Tokyo
200 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur ( 3/4 biji letak dalam doh, bakinya yang sikit tu untuk glis pada roti nanti)
100ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna hijau
emi tambah bread improver sikit

Bahan inti dan hiasan
sedikit kaya pandan
sedikit kelapa kering

Caranya
  • Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  • Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil kaya pandan susun atas dulang pembakar.
  • Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan baki telur tadi dan paipkan sedikit kaya pandan dan separuh lagi tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba...

No comments: