Monday, June 1, 2009

Muffin Coklat Oreo

Buat tu minum petang harini..lembut jer..cume rse kurang manis sikit..pas tabur gula aising kt atasnyer tu ok la..nyum2x..resepi asal dari Ros@onigiri myr. Ni nk copy n paste yer..tq ros

Bahan-bahan ( sesuai untuk kanak-kanak )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ( boleh dikurangkan 1/4 cawan gula jika tidak mahu terlalu manis )
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air suam (gnti dgn susu suam)
1/2 cawan minyak masak
Beberapa titik esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 keping biskut Oreo dicincang kasar


Cara-cara
  • Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak, kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
  • Kemudian larutkan gula didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  • Sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

No comments: