Wednesday, December 9, 2009

Mee Udang

Mee udang ni menu lunch kami hrni..asal tgk kt blog ros dulu. Lame dah masuk list, tp hrini bru sempt nk buat. Amat di alu-alukn bg peminat udang tuk cuba resepi ni. boleh tgk kat blog ros tu Mee Udang Lalaport atau tgk yg emi dah CnP ni..selamat menjamu seleraa..

Bahan-bahanya
2 ikat spagetti -emi gnti dgn mee
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)-emi lbih kan jdi segengam
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus-emi guna sawi jer
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan

2 comments:

Watierman said...

Memang mengancam mee udang emi tu....menitik-nitik air lur akak kat laptop ni!!!...nyummmmmmmy!

emilia said...

hahaha..lap2 air liuq tu..ape lgi gi cpt2 bli udg.. :)

Animated  Sparkly Love Heart