Monday, December 21, 2009

Strawberry Cheese Cake

Slm hri Isnin semua, siaran tertunda lg..Tarra...ni la hasilnyer deko dr tgnku yg keraS. Projek Chrismas Keki yg dah lme tringin nk buat..at last, terkota jua. klo nk beli tu mmg pyhlaa tu yg buat sndri..puashti pun puas..oklaa mls nk ckp byk hrni, resepi kek tu emi CnP ni yer dr Ros..

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese (emi guna 5 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu) -emi ayak 3kali
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

•Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
•Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
•Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
•Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. kaedah yg ni paling penting!pastikan bile terbalikkan mangkuk tu xtumpah.
•Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
•Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
•Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. Bagi cupcake yg emi buat dlm ramekin tu emi bkar 170drjah utk 10minit pertama dan turun 140drjah pada 15minit seterusnye.
•Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Dah siap potong, siape nk angkat tangan =)

2 comments:

Anonymous said...

Emi!!! Santekknye kek stroberi Emi... suke cara emi deco tuh... Sweet :)

emilia said...

hihi tenkiu k.ijan..nk 1potong mkn dgn mikael yer =)