Friday, December 25, 2009

Mini Sosej Roll

Rhoti..rhoti..mini sosej roll tuk minum petang, merangkap menu breakfast sok pagi. First time buat sosej roll canggini. Adunan doh ni lembut so msih sedap jer mkn, lgi2 kecik2 molek senang je masuk mulut. Resepi hasil jenguk2 umah k.hana kanazawa. Ni resepi yg emi gunakan. Skrg ni suke guna adunan doh guna water roux buat roti, hasilnyer lmbut dan gebus yer..okey ni resepinyer

Bahan-bahan (20++biji)
•250g tepung roti
•6g yis kering
•50g gula
•50g butter
•20g susu tepung
•1 biji telur- size S
•70g water roux
•1/2 sk bread improver
•1/2 sk garam
•90-100ml susu segar
•sosej secukupnyer - rebus dahulu

Cara-cara

  • Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. Tunggu hingga siap.
  • Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
  • Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
  • Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
  • Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
  • Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.

4 comments:

LOVE2COOK said...

Emilia!!! I want some pls...looks so tasty lor! ;)

emilia said...

okey2..tukar menu key ;)

Anonymous said...

water roux tu apa emi...blh dpt kat jpun-norlin

emilia said...

water roux tu buat sndri norli..sng jer..tepung:air dgn nisbah 1:5 leh sini tgk cara buatnyer http://sakuraiman.blogspot.com/2009/12/coffee-bun.html

Animated  Sparkly Love Heart