Monday, December 7, 2009

Coffee Bun

Yeahh..hrni tercapai gk hasrat nk try resepi coffee bun guna kaedah water roux yg sekarang ni semakin menular ke dapur2 rakan2 blog. Ramai yg da mencuba..wahh hasilnyer mmg xmengeciwa kn..lembut bangett sii..bezanye resepi ni adalah guna kaedah water roux sebagai agen pemangkin gebu bun tu. Bagi sesiapa yg belum try..try la yer..ok, resepi ni emi amik kt dapur mat gebu leh klik sini..mocha bun n asal resepi ni dr mamafami kemudian merebak2 ke segenap antero negara yg mencubanya..ni emi CnP dr dapur tiffinbiru tu yer. mintak izin yer.. selamat minum ptg semuaa~

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX"
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah). CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).

2.Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
3.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

3 comments:

blogresipi.com said...

yeah.. water roux dah sampai umah emi gak eh.. bestnye roti! :)

naba the mutant said...

jelesnya...saya malas nk masuk dapur....sejukkkkkkk;)

emilia said...

to k.ijan n k.ina mari merotiiiee :)

k.ina..da msuk dpur tu nnti pns la tu :)