Saturday, April 4, 2009

minggu HIJAU..

Kebetulan pulak juadah akhir2 ni color hijau jer..minggu hijau sedunia ka?? hehe.. asalnyer ingat nk buat kuih buah melaka..kelapa parut pun da siap2 kua dr pti sjuk.. tp gula melaka xde ..ingt boleh la guna gula perang.. tepung terus cair bile ltk gula tu..mm teringt ade 1resepi kt myr yg guna tepung pulut ni..so jadila dessert ni..mm boleh laa sbgai pemnis mulut petang2 ni .mkn sejuk2 dr pti ais..lain kli cek brg dlu sblum buat! ingt boleh guna gula perang tu..:(

resepi asal..buat sikit jer tuk 2org mkn..so adjust2 sndri.

Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)

Bahan-bahan ( 4-5 org )

300g Tepung pulut
1/2 cup air panas
1 cup air suhu bilik
Inti - ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.


Cara-cara

  1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit.
  2. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
  3. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya.
  4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
  5. Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp..


No comments: