Wednesday, August 5, 2009

Chicken chop

Mlm tdi pulak kitaorg dinner ala2 western. Makan chicken chop..ringkas jer menunyer. Saje xnak cari nasi. Makan dengan kentang goreng, salad mayonis dan scramble egg. Tuk resepi dan pernh post kat entry sebelum2 ni. nak tgk click sini yer..Chicken Chop. Cuma ni emi post balik resepi ayam tu key..post yg ringkas2 je..saje nk post bnyak kali hihi..
Bahan2(2org)
2ketul ayam
sos tiram
sos bijan
  • Perap ayam dengan sos tiram dan sos bijan dlm 4-5jam
  • Celup ayam dengan telur dan golek dengan serbuk roti
  • Goreng dengan sedikit minyak hingga separa masak ala2 juicy gitu..
  • Mashroom souce: Masak kuah perap tadi dengan cendawan yg dicincang kecil. Masukkan3/4 cwn air dan 1sb mentega. Selepas mendidih masukkan 1sb tepung jagung untuk pekatkannya.
  • Hidangkan ayam dengan sos cendawan, kentang goreng, salad dan srcamble egg.

Nasi Goreng Kampung Istimewa

Menu nasi goreng kampung ni en hubby yg masak tu dinner semalam. Sesekali kena air tgn suami ni sedapnyer mkn-makan kan..yg istimewanyer sbb meriah dgn khazanah2 dlm nasi goreng tu. Tapi mmg powerla..dgn bau-bauan ikan masin tambah pulak dengan belacan, udang2gan yg bertaburan dan diserikan pulak dengan hirisan lada merah dan bawang gorengan. Bertambah kick dgn kangkung-kangkungan :)..jom layannnn..nyummy2x


Bahan-bahan
2pot nasi putih
10ekor udang
4ekor ikan masin-dihiris halus
1inci belacan
8biji cili api-dihiris halus
1biji cili merah-dihiris halus
4batang kangkung- dipotong pendek
bawang goreng


Cara-cara

  • Panaskan minyak dan goreng ika masin hingga garing. Masukkan pula udang, kangkung dan belacan.
  • Kemudian diikuti dengan cili merah dan cili api. Kacau sekata dan masukkan nasi.
  • Gaul bagi sekata dan perasakan dengan garam.
  • Angkat dan taburkan dengan bawang goreng

Monday, August 3, 2009

Cheese Bun

Untuk minum petang harni buat cheese bun. Resepi by tokey my resepi..sifu Yani. Leh tgk link ni Cheese bun.Bun ni berintikan cheese kt dalam..cair2 gitu..sesuai tuk minum petang bersama secawan coffea sejuk. Klo prsan ade bun yg belang2 kat belakang tu. Tu buat perasa kastard pulak tp tercair lak cream kastardnyer..hehe..okeyla mlas lak nk cite pnjang tgk resepi je la ekk..

Bahan-bahan ( 8 biji )
140ml air
200g tepung roti
20g tepung jagung (corn flour)
14g gula
4g garam
20g butter
4g dry yeast
80g cheese(mozarella cheese, cheddar cheese atau yg disukai)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali cheese. Pilih menu untuk buah doh. ON kan.
  • Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
    Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan selama 10~15 minit.
  • Ambik sebiji roti, leperkan. dan masukkan cheese. Tutup rapat-rapat. Buatlah biar jadi bentuk bola ragbi.
  • Celup roti ke dalam tepung jagung. Kemudian potong dibahagian tengah
    Biar naik 2 kali ganda.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau hingga perang

Dadih II

Harini buat dadih lgi dlm 3cup jer..pns2 ni nk cri mknan yg sejuk2 msuk tekak jer..jom mkan...

Bahan-bahan (3 cup )
4g agar2 serbuk
500ml air
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
ape2 perasa..emi guna 2sb milo

Cara-cara
  • Masakan air dgn agar2 smpi larut, kemudian masukkan gula,kacau.
  • Masukan susu dan kacau hingga rata.
  • Masukkan pula perasa/milo dan kacau.
  • Tapis ke dalam bekas kecil. dan sejukkan dalam peti ais sebelum di makan..
  • Siap~ sedap juga mkn dgn aiskrim..

Sunday, August 2, 2009

Hanabi-tgk bunga api

Time bulan 7 dan 8 ni kat Jepun mmg femous dgn pesta hanabi (bunga api). Biasanya das tembakan mercun tu di sponser oleh beberapa compny..so lg byk/power compny yg sponser lg byk la das tembakannyer. Klo area osaka,tokyo ke ade dekat 10-12ribu das kan per malam?kat sini sikit jer tapi jadila tuk merasa pesta hanabi ni..cantek2 belaka bunga apinyer..mcm2 bentuk ade bentul luv, org senyum, mickey dan byk lagi.
Kat area emi ni buat kat kawasan sungai berdekatan. Mlm tdi gi jln kaki je ke sana. Semalam pun ade gak tp tgk dr umah jer. Tapi sje nk merasa tgk jrk lebih dekat dan pndagan xde halangan bangunan2. Alhamdulillah iman pun xmeragam..srnk gaknyer tgk bunga api tu..key ni gambr2 yg dpt diambil oleh kami. Ssh gk nk amik gmbr gelap2 dan goyang2 ni..

Friday, July 31, 2009

Coco smoothie

Semalam buat smoothie koko ni. Suke2 je letak nama smoothie ni. Main cmpur2 jer tp sedap je msk tekak. lgi2 time natsu ni..sambil minum petang mmg best.

Bahan-bahan (2glas)

1sb serbuk koko
2sb gula
1cwn krim
2sb aiskrim coklat
1sk serbuk mocha/coffee
2cwn ais ketul
1cwn air

Cara-cara

  • Blend semua sekali hingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan hias dgn coklat rice/ coklat sirap atau ikut suke. emi xhias pun..hihi

Thursday, July 30, 2009

Paprik Ayam

Ni menu mlm tadi. kire 2 in 1 la..senang buat 1 lauk ade ayam & sayur2 skli. Mudah dan ringkas. Sesuai time waktu2 kemalasan melanda..ni resepinyer
Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam-dipotong kecil
sedikit bawang tuk menumis
kacang buncis
lobak
kubis bunga
baby corn
2sb sos tiram
1sb cili kisar-gnti cili api pun boleh
2sb sos cili
4helai daun limau purut
sedikit air dan garam secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili giling.
  • Masukkan pula ayam dan masak sehingga empuk.
  • Kemudian masukkan sos tiran, sos cili dan sedikit air.
  • Bila mendidih masukkan sayur2 dan daun limau.
  • Tmbah garam jika xcukup masin dan sedia dihidang bersama nasi hangat.