Friday, June 11, 2010

Asam Pedas Melaka

Salam semua..salam di hari Jumaat yg mulia. Kejap je da jumaat kan. dah lunch ke?msk ape hrni? akhir2 ni post menu semua merah2 lak npe ni ekk hihi..kebetulan kot. ini kes teringin nak makan asam pedas ikan pari ni wat terjumpe dgn blog menuorgkampung ni. Dah duduk melaka knela belajar2 buat asam pedas melaka kan..yg ptg kne CUBA kan. Fuhh berpeluh mkn srg2 ni..bau pun msih melekatt kat tgn ni. promot baik punya!okey tuk resepi ni emi CnP dr blog menuorgkampung ni. Mintak izin share resepi di sini ya..

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang, terubok dll-emi guna ikan pari
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Nota: Jika suka bendi yg agak lembik, masukkan ia bersama ikan.

5 comments:

norlin said...

aduh emi sedapnya asam pedas...noli memang suka sangat asam pedas melaka...dulu kawan serumah noli orang melaka ..memang pandai buat asam pedas....emi rasa ikan apa sesuai buat asam pedas kalau kat jepun ni

emilia said...

oo biasanyer nua belikan ikan buri suh emi msk asam pedas sbb isi ikan tu yg lembut. noli try la cri n try ye..

ijayuji said...

Salam emi! asam pedas mmg best! makanlah dgn nasi panas2 ulam timun cedappp tuuuuu :D

ain said...

sedapnya asam pedas emi!!! lama gak akak x mkn asam pedas. asik2 ikan goreng n ayam goreng je.bosyannnn!!!

si.ra said...

sedpnya emi!!! ikan buri tu cemana emi? heheh