Tuesday, June 15, 2010

Matcha Chiffon Cake

Salam semua..lame xkeudara..masak+amik picture tp post je xde huhu...kemalasan melanda lagi..cmne ek nk buang jauh2 sifat ni.campur dgn emosi yg asyik xstabil jer.okey-okey yg ni chiffon pertamaku di abad ini huhu tgk sajela rupanyer yg separa bantat itew..ni kes blackout la ni time adunan da siap tuk dibakar.geram je rse..inform la awal2. resepi asal dr ROS jintan manis..nmpknyer kne try lagi la pasni.thnks ya ros tuk resepi ni..CnP ya

Bahan-Bahanye
3 biji Telur
60 gram gula
50 ml susu segar
40 ml minyak masak
60 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking pawder
1 paket maxim matcha mix ( emi gnti dgn 1sb serbuk matcha)
sedikit pewarna hijau

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder, kemudian asingkan putih dan kuning telur.

2. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang, kemudian masukkan setengah kuantiti gula dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue).

3. Selepas itu, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang (putih), kemudian tuang dalam adunan meringue tadi dan kacau perlahan menggunakan spatula, masukkan pula maxim matcha, sedikit pewarna hijau dan tepung sedikit demi sedikit, selepas itu masukkan pula susu, kacau sebati. ( kaedah kaup balik ye)

4. Akhir sekali masukkan pula minyak masak dan tuang adunan dalam acuan chiffon yang ade lubang tengah tu, bakar pada suhu 160 darjah selama 30-35 minit, setelah dibakar sejukkan dan terbalikkan di atas gelas kaca, baru keluarkan pada acuan. Selamat Mencuba.

2 comments:

ain said...

well...sekurang2nya emi rajin gak nak mencuba. yg penting sedap!!

emilia said...

hihi mlu gk nk publish gmbr chiffon ni td..tp pk lain kli buat lbh bk:)