Monday, March 8, 2010

Kek Coklat Kopi

Salam semua..dah malam2 ni baru ade mood nk mengupdate blog..bila kerja2 selesai..iman pun da tdo bru selesa sikit nak mengentry..buat kek coklat kopi ni hri sabtu hrtu tuk minum ptg..tiba je rase nk makan manis2..terus je buat..bhn2 ade sng je xdela nk tercari2 kan..okey resepi ni try n error je..tapi rasenyer not bad..lagi2 suke ganachenyer tu ade rase masam2 yogurt cuma berketul2 sikit laa..pasni kne otter2 sikit tuk dptkan rupa n rase yg terbaik..tuk rujukan emi salin resepinyer ni..

Bahan-bahan (loyang 8x8)
2 cawan tepung*
2 cawan gula - guna caster sugar -emi jadikan 1 1/2 je
3/4 cups serbuk koko*
2 sk baking powder*
2 sk baking soda*
2 telur
1 cawan susu
1 cawan minyak
1 sb kopi, tambah 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
1sk esen vanila

Ganache; 2sb yogurt, 80gm coklat masakan dan 1sb butter
Cara-cara

  • Ayak bahan-bahan bertanda *
  • Pukul telur diikuti dengan minyak, garam dan esen vanila.
  • Masukkan sedikit demi sedikit bahan2 ayak berselang seli dengan susu dan kopi panas.
  • Buat sehingga habis dan bakar pada suhu 170 selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan kek dan sediakan topping.
  • Cairkan bahan2 ganache bersama2 dengan kaedah double boil/dalam makrowave dan kacau supaya xberketul.
  • Curahkan atas kek..Siap

No comments: