Tuesday, May 25, 2010

Nasi Temasek

Salam semua..hrni jamu nasi temasek ni mkn dgn 1 lauk je ayam masak merah. Tapi masih sedap. bertambah2 kami mkn. Resepi nasi ni tengok kat umah K.ika nun kat siam tu. Kak ika pulak tgk dr umah K.nur Sg . Terimakasih yer mintak izin salin kat sini tuk rujukan..nnti emi anto sepinggan ekk :)

NASI TEMASEK
Bahan-Bahan
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur

Cara-Cara

1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.

2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.

3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.

4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.



2 comments:

ijayuji said...

Salam emi! akak dtg bawak periuk nasi kosong jer nii nak bwk balik nasi temasek tu yaaa hihihi.... ayam masak merah pun akak nak akak mmg suker mkn ayam masak merah yg org buatkan :D

emilia said...

haa??periuk nasi amboii mmg xhinggat kat tuan umah ni, nak emi isi 1senduk nasi dgn 1helai daun pandan yer hihi