Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
•1 cawan tepung gandum*
•1/3 cawan serbuk koko hitam*
•1 sk serbuk penaik*
•1/2 sk soda bikarbonat*
•1/4 sk garam
•3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
•1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
•3/4 cawan air kopi panas
•1/3 cawan susu segar
•1 sk esen vanilla
•1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
1.Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2.Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3.Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
4.Tapiskan adunan.
5.Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6.Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7.Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
coklat masak
butter
susu segar
Cara2: Double boilkan semua bhn2 dan tuang ats kek yg telah disejukkan.
Ganache cream cheese
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional
Cara2: Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke kek..lebihnyer boleh simpan ye
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional
Cara2: Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke kek..lebihnyer boleh simpan ye
4 comments:
Wah, cantiknya kek U ni Emi! Toppingnya class!
hehe..love pelanggan pertama jom mkn jom..hehe topppingnyer tu tebal 1inchi lgi hehe
Nak sepotong...dengan bekas2 love tu skali..hehe
Cantiknya topping swirl-swirl tu.Kek pun nampak moist je emi. :)
Post a Comment