Wednesday, February 24, 2010

Mini Udon

Salam dipetang hari semua..saje nk mngetry pasal mini udon ni. mmg sllu gak buat tuk anakanda ku sorang itew. kire fav food iman la ni.. emi buat simple je byk bhn yg xde..klo nk resepi yg terperinci sila ikut resepi ros ni sebagai rujukan..tumpang salin sini ye ros..

Bahan-bahanya
Sup Udon
3 1/2 cawan air
3 inci kombu ( ros guna sehelai kombu yang kering dan siap potong tu)- lap dulu permukaanye dengan kitchen towel.
1/4 ( suku) cawan soyu
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil dashi ( serbuk stok ikan)- kalau takde leh guna dry bonito flakes
2 ikat udon kering
Untuk topping
(tempura udang, chikua, nori ( seaweed) yang dihiris halus dan hirisan negi ( daun bawang).

Caranya

1. Rebus kombu bersama air, hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang, keluarkan kombu, kemudian masukkan dashi.

2. Kacau sebati, akhir sekali masukkan soyu, gula, biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan pada paket, goreng tempura udang dan chikua, hiris negi nipis-nipis.

4. Cara penyedian, masukkan udon di dalam bekas dan curahkan dua senduk sup udon, susun udang dan chikua tempura, akhir sekali tabur negi dan nori ( seaweed) yang telah dihiris halus, sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.



3 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Emi,
Sue pun suke udon, tapi biasa beli yang sizzling kat food court..Tp skrg udon dah tak ada, yang ada mee sanggul n mee kasar jee...Alaaa rindunya sizzling udon yang best tu

emilia said...

hehe meh la mkn share dgn imn ni ha hihi

ain said...

akak tak pernah cuba mee udon ni. mesti sedap kan!!