Friday, February 26, 2010

Kemas ~ progress 1

Salam hari jumaat yg mulia dan penuh berkat ini. bersama2 sempena hari keputeraan Nabi junjungan kita Nabi Muhamamad SAW, 12 Rabiulawal 1431H. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam..Selawat dan salam buat nabi junjungan..

Hari ni nak entry sikit pasal proses kemas mengemas part 1 ni. heh siap berpart2 lak ekk. okey ni la ghupe progress mengemas yang baru 1/3isi rumah kami jalan kan. agak risau gak muat ke tidak kontena tu nnti. Tapi B jamin sure muat..kotak2 tu banyak penuh dgn buku2 b. dan sedikit barang2 keperluan lain. Baju2 pulak kebanyakannyer kami pack dalam plastik jer boleh berfungsi sebagai kalis hentakan dan kalis calar dalam kete nnti. Kebanyakkan barang2 yang mudah pecah akan dimasukkan dalam kereta manakala kotak2 buku dan brg2 yg besar2 yang lain akan ditempatkan disekeliling luar kereta dlm kontena tu nti. harap mudah la urusan tu nnti. dan semoga selamat semuanya sampai dalam keadaan baik.

Hari yang telah ditetapkan untuk penghantaran brg2 ni ialah pada 15 Mac nanti. Tarikh ni agak awal supaya memudahkan urusan pemeriksaan kastam dan urusan2 lain sebelum kapal tersebut akan berlepas pada 23 hb. Kapal ini pula di jangkakan sampai ke pelabuhan klang 1bulan ke 1 1/2 bulan selepas itu dan seterusnyer proses2 urusan kastam dan lain2nya di Malaysia nnti..hrp semuanya berjalan lancar la hendaknya aminn..


Antara barang2 yang dah siap di pack..penuh dan bilik yg satu ni dgn kotak2 dan plastik2 yang da siap dipacking. dah mcm stor da..

2 comments:

kak ijan said...

Salam Maulidur Rasul buat Emi sekeluarga,
Kak Ijan doakan semua yg dirancang berjalan lancar ye :)

emilia said...

thnks k.ijan