Friday, December 21, 2012

Pavlova

Tercapai gak hasrat hati nak rase pavlova... berkurun lama. nyum2 sedapppp rupanyer yer...kombinasi yg hebat..nak buat lagi je rasa...okey resepi ni emi amik dr blog jintan  manis...ros, mintak izin pnjgkn di sini yer..sbgai rujukn emi juga...sumber link: -fruitypavlova

PavlovaSumber Resepi Asal: Nurrulagi@myresipi.com

 4 biji telur ( ambil putih sahaja)
 1 cup gula kastor ( ros letak 1/2 cawan sahaja) 
 1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh 
2 sudu besar tepung jagung
 1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa.

 UNTUK TOPPING ;-

1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
 1 1/2 sudu besar gula kastor
 1/2 teaspoon vanillaboleh juga guna buttercream. cuma tambah
 1 cup butter gn
 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

 Cara-cara 

 1.pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati.
 2.putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh. 
3kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap.
 4.masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa andA.
 5.bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven
 6.untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental. 
7.guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya. 
8.sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda... selamat mencuba.. 

Tips dari ros @ jintanmanis.com Hari tu ros rasa , ros punye pavlova agak leper dan tidak tinggi sangat sebab ros buat bulatan besar atas dulang pembakar tu, kalau kawan-kawan nak cuba, jangan buat besar sangat pavlova ni, kiranya pandai-pandailah agak ye, sebab kalau kecik sikit saiznya nampa tinggi dan cantik bila siap di bakar nanti.Lagi satu kalau sesape gula serbuk cream of tatar tu make sure ayak dulu dengan tepung jagung, supaya dua- dua bahan ni sebati, lepas tu baru di campur dalam meringue tu. btw ros sarankan guna cuka atau jus lemon je, sebab cecair senang nak di sebatikan dlm adunan meringue tu.

TENKIU ROS DAN PENYUMBANG RESEPI..

1 comment:

si.ra said...

nampak sedap ja emi pavlov ni. saya dh try buat 2kali tp asyik fail ja. huhuuh
~ingat lg tak saya? ila, sepupu che na. sempat jumpa sekejap masa sy stay dgn che na dulu.