Thursday, November 1, 2012

JALAN2 KE JEJU ISLAND

SALAM..harap dapat jugak mencatat kenangan oktober ini..sayang sgt kalau xdapat di rakamkan..internet umah sgt slow tu jadi penyebab lame xpost kat blog ni.. okey 16-22 oktober 2012 kami berdua ke korea ats urusan suami ade conference plus berjalan2 celebrate wedding anniversary17/8, besday hubby 17/10 dan besday emi4/11. hehe byk merangkapnyer tu...dan sgt2 la seronoknyerrr..anak2 tinggal dgn atuk n uwannyer( ammar dah berhnti bf b4 gi korea ni) okey perjalanan 4 hari 3malam di pulau jeju dah 3 hari 2malam di seoul. walaupun 1st time terpksa berjauhn dgn ank2..

Okey di Jeju kami sewa kereta sepnjng 4 hari tu...agak murah gak..dan sgt puas hati dapat kereta k5 baru. harga standard sewa kete wira buruk jer kt langkawi huhu..walau agak kekok hb bwk kete belah kiri tp dapat gak kami round hmpir keseluruhan pulau jeju spnjg 4 hari tu..

Jeju day 1(16okt);flight dr msia jam 1 pgi dr Lcct- Inchoen aiport, sampai 8 pgi naik train ke Gimpo airport, flight ke jeju jam 230 ptg.1jam jer. sampai2 tu trs amik kete,dan check in hotel jam 5 dah gelap da so mmg xdapat jalan..rehat je kat korea kondo tu..

Jeju day 2(17okt); start jalan.. pagi tu kami pergi ke Ripley's believed or not museum, museum teddy bear, Songgak M.t (lokasi pergambaran filim drama korea)dan kemudian ke icc jeju untuk iccas 2012 konferen hb petang tu..habis je konferen kami gi makan malam di Shangri -La Restoran, buffet seafood..sekali celebrate besday hb yg jatuh hari tu....hepi sgt tgk b..mau xhepi besday sambut kat pulau jeju kan ;). kat jeju ni mlm xhappenning sgt so pas kul 5 tu xde kua..











Jeju day 3(18okt); hari ni kami teruskan perjalanan misi meneroka pulau jeju, mula2 kami ke Museum Folk Village (museum dan lokasi pergambaran drama2 famous korea)antaranyer drama jewel in the palace sgt laa srnk, emi mmg tgk cite ni dr 1st episod. kt sini dpt amik gmbr pakai baju ala2 korea ;). seterusnya kami ke Seongsan Ilchulbong (sunrise peak)7wonder of nature- UNESCO World Heritage(triple crown). lepas bergambar kat situ kami ke Mi choen Cave. gua yg terbentuk semulajadi dr lava..sgt takjub. tmpat ni pernah jugak di kunjungi oleh cite running man.Seterusnya kami ke Miniature Park-tmpt2 seluruh negara yg famous dijadikan arca.pastu kami pulang ke sangkar semula..mlm tu dapat tgk konsert live dr bilik siap bunga apiii..



Jeju day 4(19okt); Kembara kami diteruskan dgn perjalanan yg lebih jauh..kiri kanan jln sgt cantik dgn daun2 merah kuning hijau-tgh autumn..jln kat lereng2 gunung mmg cantik.1st kami ke Seogwipo Forest utk tgk Hallasan M.t (UNESCO), kemudian kami melalui jalan Mysterious Road (jalan ni illusi nmpk tinggi . kereta yg dimatikan enjin akan bergerak sendri ke atas, air pun kalau dituang ats jln akan bergerak naik ke atas). kemudian kami ke Maze Museum. Selepas itu kami menikmati matahari terbenam di Wind...ermm ape yer..kincir angin tepi laut..SubhanaAllah cantiknyer pemandagan kat situ..mmg sesuai penutup hari kami di Jeju..mlm tu kami pekena mknan korea ditepi laut tu..sedappp..licinn.





bye2 jeju..cite di Seoul dan Nami pula nnti yer...insyaallah

Monday, August 27, 2012

raya 2012

Salam aidilfitri buat semua. Allhamdulillah, tahun ni dapat berkumpul semua adik beradik di pagi raya. Taun ni juga buat pertama kalinya beraya di telok datuk. Selalunya Di kg nenek atuk. nenek telah kmbali ke ramahtullah tahun leaps.al fatehah buat arwah. Beberapa gambar di pgi raya.






Saturday, August 4, 2012

Ammar 1tahun setengah

Allhamdulillah syukur kehadrat ilahi...ammar dah 1 1/2 thun da..kjp je mse berlalu. semalam amik injection kat klinik annur.kejap je ammar nangis, ukur tggi dan berat. xbanyak yg berubah..tinggi naik 1cm dr umur 1 thun berat lak maintain jer. masih diparas normal tapi bawah garisan pertengahan normal. agak merisaukan ibu gak, makan rase agak banyak, mungkin sbb dah aktif..allhamdulillah balik dr injection tu bagi ubat awal2 allhamdulillah xdemam..moga adik membesar dgn sihat cerdas dan cergas ye sayang...yg terbaru adik ammar dah boleh sebut abg...ammam, (makan)tumpah, sakit,dan bunyi2 binatang..insyaallah akan masukkan video tu kemudian.tanya beberapa anggota badan pun dah leh tunjuk. dgn abgnyer mmg sssh nak renggah.abgnyer syg sgt kat adiknyer.gado pun kjp2 jer..tu pun sllu adiknyer yg suka kacau abgnyer..okey jmpe lgi...love both of u ammar n iman.

Friday, July 27, 2012

pesta flora 2012 di putrajaya

slm kmbli semua, weekend lps kami pergi ke pesta flora kat putrajaya, mmg la suke klo bab2 bunga ni kn..subhanaallah cntik..teringat balik mase ddk di jepun dulu. hri tu pulak kebetulan cuaca cerah dan tak panas.kami pergi pada hri pertama pembukaan, tak ramai sgt,sedang elok je nk bergerak,membeli n memilih.sempatlaa mem borong orkid2 dan pasu2 kat situ.murah..cuma kne pndai cri kedai..okey ni sikit gmbr sekitar kwsn pesta..







Wednesday, July 4, 2012

kek coklat moist lagi..

harini buat lagi kek coklat moist ni atas permintaan , kali ni buat versi bakar dan kukus.yg bakar tu bentuk cupcake.nnti akar upload kemudian. kejap je dah licin, kali ni topping guna coklat masak + coco butter.okey..resepi leh tgk kt post sebelum ni yer..


Ni sebelum potong, kasi posing dulu dgn bunga orkid yg dah patah huhu

model tetap aka tester ibu..

Friday, June 29, 2012

kek coklat moist

 
Ramaikn yg dah cuba resepi kek coklat moist dari chef zubaidah ni kan. mmg puas hati rase, cukup moist n penuh rase coklat.hasil pun cantik jer..tenkiu sgt2 pada tuan empunya resepi.hubby n anak2syke sgt,kejap je licin.boleh buat lagi pas ni..okey ni resepinyer..sumber rujukan dari alongz..thnks ya..mintak izin simpan  resepi kat sini yer..

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah Sumber;AlongRoz, Myresipi BAHAN-BAHAN **100 gm serbuk koko **1 tin susu  cair **200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair **250 gm susu pekat 250 gm gula kastor 4 biji telur - pukul hingga berbuih(emi guna 5biji saiz kecil ) 150 gm tepung gandum 1st soda bikarbonat 1 st baking powder Cara-Cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda **dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.Ccocolate Ganache 250gm cooking chocolate180 gm whipping cream 1. cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. 2. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya. 3. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.

DOnut lembut

Salam,donut ni buat beberapa hari lepas, hero2 ni mmg suke sgt mkn donat, kalau buat hari2 pun masih xjemu. okey  resepi kali ni dr my MIL, mudah,simple dan jimat kos dan yg pastinya dapat hasilkan donut yg gebu. dah berkali2 buat, kli ni guna tgan pulak,sesekli buat senaman tangan ape salahnyekn.okey ni resepi nyer,,note utk rujukan emi akan dtg..resepi ni dapat hasilkan lebih daripad  20ketul.

Bahan-bahan
1/2 paket tepung 1kg 
1 paket yis 
2 sb mentega 
1 sb susu tepung 
2 sb gula 
Air secukupnya 
Gula untuk di salut

Cara-cara 
1. Bancuh yis dengan sedikit air suam. Biarkan seketika. 
2. Gaulkan sebati tepung bersama mentega. 
3. Masukkan susu dan gula. 
4. Masukkan yis tadi dan gaul sekata. 
5. Uli adunan dengan air secukupnya. 
6. Biarkan adunan naik 2kali ganda (tutup bekas dengan kain basah suam). 
7. Ambil 55gm doh dan bulatkan. Untuk mendapatkan bentuk yg cantik guna penutup botol untuk terap lubang tengah donat. 
8. Goreng dengan api perlahan. Angkat dah toskan minyak. 
9. Golekkan dengan gula halus. Sedia untuk dihidangkan. 
10. Note: adunan ini menghasilkan lebih kurang 20 ketul donat. Jika xnak goreng semua boleh simpan doh didalam plastik bertutup dan dibekukan. Jika nak goreng, keluarkan untuk lembut seketika sebelum dibentuk dan di goreng.