Tuesday, July 27, 2010

Yogurt Ciffon Cake

Dah lame da teringin nak mencipon akhir je buat gak walau pun rupa seberapa dan byk yg perlu dibaiki tp habis gk cipon ku ni.. tu pun atas bntuan assistant adik ku yg mmbntu.jelus tgk cippon2 kat umh masing2 yg cum melecun tu..tgk resepi ni kat umah jiya dgn k.nor. emi guna yogurt bluberry cuma xletak pewarna..lembut cukup lembut cuma xsekata lak bntuknyer dan ade yg agak2 terlebih garing sikit huhu..praktis more emi!..resepi asal dr cik puan yani di umh barunya. mintak izin CnP di sini ye..

Bahan-bahan:
4 biji
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder
Cara-cara:-
1. Asingkan putih dan kuning telur.
2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

1 comment:

kak ijan said...

Salam Emi..
Maaf ya lama tak sempat nak datang menjenguk... ´kek chifon ni kak ijan dah lama teringin nk buat cumanya telur oh telur tu la... bila la nk buleh makan telur neh...

Animated  Sparkly Love Heart