Friday, December 21, 2012

Pavlova

Tercapai gak hasrat hati nak rase pavlova... berkurun lama. nyum2 sedapppp rupanyer yer...kombinasi yg hebat..nak buat lagi je rasa...okey resepi ni emi amik dr blog jintan  manis...ros, mintak izin pnjgkn di sini yer..sbgai rujukn emi juga...sumber link: -fruitypavlova

PavlovaSumber Resepi Asal: Nurrulagi@myresipi.com

 4 biji telur ( ambil putih sahaja)
 1 cup gula kastor ( ros letak 1/2 cawan sahaja) 
 1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh 
2 sudu besar tepung jagung
 1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa.

 UNTUK TOPPING ;-

1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
 1 1/2 sudu besar gula kastor
 1/2 teaspoon vanillaboleh juga guna buttercream. cuma tambah
 1 cup butter gn
 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

 Cara-cara 

 1.pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati.
 2.putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh. 
3kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap.
 4.masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa andA.
 5.bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven
 6.untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental. 
7.guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya. 
8.sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda... selamat mencuba.. 

Tips dari ros @ jintanmanis.com Hari tu ros rasa , ros punye pavlova agak leper dan tidak tinggi sangat sebab ros buat bulatan besar atas dulang pembakar tu, kalau kawan-kawan nak cuba, jangan buat besar sangat pavlova ni, kiranya pandai-pandailah agak ye, sebab kalau kecik sikit saiznya nampa tinggi dan cantik bila siap di bakar nanti.Lagi satu kalau sesape gula serbuk cream of tatar tu make sure ayak dulu dengan tepung jagung, supaya dua- dua bahan ni sebati, lepas tu baru di campur dalam meringue tu. btw ros sarankan guna cuka atau jus lemon je, sebab cecair senang nak di sebatikan dlm adunan meringue tu.

TENKIU ROS DAN PENYUMBANG RESEPI..

Wednesday, December 12, 2012

ammar bebas drypes


 







Selingan entry .. cite sikit ttg ammar dah mula bebas dr drypes. Allhamdulillah hujung bulan ni ammar bakal masuk usia 23bulan. lagi sebulan nak 2tahun. tak sangka agk mudah membantu ammar dalam proses toilet training. mulanya ammar dah start rase rimas nk pakai pampers, so try ajar ke bilik air setiap 1jam, mcmmana ajr iman dulu. memang ibu kena sabar n rajin. kalau tercicir tu mmg biasala kan. yg ptg sntiasa ingtkn.ibu xde nk mrh sgt bila ammar tercicir, sbb tau die msih kecil, kemudian setiap 2jam..lama2 dia akan terbiasa insyaallah..bila keluar rumah pun mula2 ibu pakaikan camtu juga bila tdo mlm. tu pun pksa pakaikan..sbb ammar mmg dah xnk pakai.tp dr hri ke sehari tgk pampers ttp kosong danbila rase nk kencing mmg dia bgtau walaupun mase tu pakai pmpers. pastu ibu trs bentikn pakai terus..allhamdulillah keluar mane2 dan malam pun dia akan bgtau klo nk kencing. cuma skli sekala tu ade gak la terlepas..tahniah ammar..dah besar da anak ibu sorang ni..teringat bila ammar mengeja perkataan adik.. A. dek dek dek.... adik :-) cyg ammar

Thursday, November 1, 2012

JALAN2 KE JEJU ISLAND

SALAM..harap dapat jugak mencatat kenangan oktober ini..sayang sgt kalau xdapat di rakamkan..internet umah sgt slow tu jadi penyebab lame xpost kat blog ni.. okey 16-22 oktober 2012 kami berdua ke korea ats urusan suami ade conference plus berjalan2 celebrate wedding anniversary17/8, besday hubby 17/10 dan besday emi4/11. hehe byk merangkapnyer tu...dan sgt2 la seronoknyerrr..anak2 tinggal dgn atuk n uwannyer( ammar dah berhnti bf b4 gi korea ni) okey perjalanan 4 hari 3malam di pulau jeju dah 3 hari 2malam di seoul. walaupun 1st time terpksa berjauhn dgn ank2..

Okey di Jeju kami sewa kereta sepnjng 4 hari tu...agak murah gak..dan sgt puas hati dapat kereta k5 baru. harga standard sewa kete wira buruk jer kt langkawi huhu..walau agak kekok hb bwk kete belah kiri tp dapat gak kami round hmpir keseluruhan pulau jeju spnjg 4 hari tu..

Jeju day 1(16okt);flight dr msia jam 1 pgi dr Lcct- Inchoen aiport, sampai 8 pgi naik train ke Gimpo airport, flight ke jeju jam 230 ptg.1jam jer. sampai2 tu trs amik kete,dan check in hotel jam 5 dah gelap da so mmg xdapat jalan..rehat je kat korea kondo tu..

Jeju day 2(17okt); start jalan.. pagi tu kami pergi ke Ripley's believed or not museum, museum teddy bear, Songgak M.t (lokasi pergambaran filim drama korea)dan kemudian ke icc jeju untuk iccas 2012 konferen hb petang tu..habis je konferen kami gi makan malam di Shangri -La Restoran, buffet seafood..sekali celebrate besday hb yg jatuh hari tu....hepi sgt tgk b..mau xhepi besday sambut kat pulau jeju kan ;). kat jeju ni mlm xhappenning sgt so pas kul 5 tu xde kua..











Jeju day 3(18okt); hari ni kami teruskan perjalanan misi meneroka pulau jeju, mula2 kami ke Museum Folk Village (museum dan lokasi pergambaran drama2 famous korea)antaranyer drama jewel in the palace sgt laa srnk, emi mmg tgk cite ni dr 1st episod. kt sini dpt amik gmbr pakai baju ala2 korea ;). seterusnya kami ke Seongsan Ilchulbong (sunrise peak)7wonder of nature- UNESCO World Heritage(triple crown). lepas bergambar kat situ kami ke Mi choen Cave. gua yg terbentuk semulajadi dr lava..sgt takjub. tmpat ni pernah jugak di kunjungi oleh cite running man.Seterusnya kami ke Miniature Park-tmpt2 seluruh negara yg famous dijadikan arca.pastu kami pulang ke sangkar semula..mlm tu dapat tgk konsert live dr bilik siap bunga apiii..



Jeju day 4(19okt); Kembara kami diteruskan dgn perjalanan yg lebih jauh..kiri kanan jln sgt cantik dgn daun2 merah kuning hijau-tgh autumn..jln kat lereng2 gunung mmg cantik.1st kami ke Seogwipo Forest utk tgk Hallasan M.t (UNESCO), kemudian kami melalui jalan Mysterious Road (jalan ni illusi nmpk tinggi . kereta yg dimatikan enjin akan bergerak sendri ke atas, air pun kalau dituang ats jln akan bergerak naik ke atas). kemudian kami ke Maze Museum. Selepas itu kami menikmati matahari terbenam di Wind...ermm ape yer..kincir angin tepi laut..SubhanaAllah cantiknyer pemandagan kat situ..mmg sesuai penutup hari kami di Jeju..mlm tu kami pekena mknan korea ditepi laut tu..sedappp..licinn.





bye2 jeju..cite di Seoul dan Nami pula nnti yer...insyaallah

Monday, August 27, 2012

raya 2012

Salam aidilfitri buat semua. Allhamdulillah, tahun ni dapat berkumpul semua adik beradik di pagi raya. Taun ni juga buat pertama kalinya beraya di telok datuk. Selalunya Di kg nenek atuk. nenek telah kmbali ke ramahtullah tahun leaps.al fatehah buat arwah. Beberapa gambar di pgi raya.






Saturday, August 4, 2012

Ammar 1tahun setengah

Allhamdulillah syukur kehadrat ilahi...ammar dah 1 1/2 thun da..kjp je mse berlalu. semalam amik injection kat klinik annur.kejap je ammar nangis, ukur tggi dan berat. xbanyak yg berubah..tinggi naik 1cm dr umur 1 thun berat lak maintain jer. masih diparas normal tapi bawah garisan pertengahan normal. agak merisaukan ibu gak, makan rase agak banyak, mungkin sbb dah aktif..allhamdulillah balik dr injection tu bagi ubat awal2 allhamdulillah xdemam..moga adik membesar dgn sihat cerdas dan cergas ye sayang...yg terbaru adik ammar dah boleh sebut abg...ammam, (makan)tumpah, sakit,dan bunyi2 binatang..insyaallah akan masukkan video tu kemudian.tanya beberapa anggota badan pun dah leh tunjuk. dgn abgnyer mmg sssh nak renggah.abgnyer syg sgt kat adiknyer.gado pun kjp2 jer..tu pun sllu adiknyer yg suka kacau abgnyer..okey jmpe lgi...love both of u ammar n iman.

Friday, July 27, 2012

pesta flora 2012 di putrajaya

slm kmbli semua, weekend lps kami pergi ke pesta flora kat putrajaya, mmg la suke klo bab2 bunga ni kn..subhanaallah cntik..teringat balik mase ddk di jepun dulu. hri tu pulak kebetulan cuaca cerah dan tak panas.kami pergi pada hri pertama pembukaan, tak ramai sgt,sedang elok je nk bergerak,membeli n memilih.sempatlaa mem borong orkid2 dan pasu2 kat situ.murah..cuma kne pndai cri kedai..okey ni sikit gmbr sekitar kwsn pesta..







Wednesday, July 4, 2012

kek coklat moist lagi..

harini buat lagi kek coklat moist ni atas permintaan , kali ni buat versi bakar dan kukus.yg bakar tu bentuk cupcake.nnti akar upload kemudian. kejap je dah licin, kali ni topping guna coklat masak + coco butter.okey..resepi leh tgk kt post sebelum ni yer..


Ni sebelum potong, kasi posing dulu dgn bunga orkid yg dah patah huhu

model tetap aka tester ibu..

Friday, June 29, 2012

kek coklat moist

 
Ramaikn yg dah cuba resepi kek coklat moist dari chef zubaidah ni kan. mmg puas hati rase, cukup moist n penuh rase coklat.hasil pun cantik jer..tenkiu sgt2 pada tuan empunya resepi.hubby n anak2syke sgt,kejap je licin.boleh buat lagi pas ni..okey ni resepinyer..sumber rujukan dari alongz..thnks ya..mintak izin simpan  resepi kat sini yer..

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah Sumber;AlongRoz, Myresipi BAHAN-BAHAN **100 gm serbuk koko **1 tin susu  cair **200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair **250 gm susu pekat 250 gm gula kastor 4 biji telur - pukul hingga berbuih(emi guna 5biji saiz kecil ) 150 gm tepung gandum 1st soda bikarbonat 1 st baking powder Cara-Cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda **dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.Ccocolate Ganache 250gm cooking chocolate180 gm whipping cream 1. cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. 2. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya. 3. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.