Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru..

Salam hari isnin buat semua..16 mei..hari pengiktirafan buat semua guru2 dan pendidik seluruh dunia. SELAMAT HARI GURU buat semua yg bergelar guru/pendidik. tak kisah la..guru tadika ke,guru sek rendah ker, ustaz, ustazah, guru disiplin, guru kaunseling, guru bahasai, pensyarah, sensei semuanya dikira pendidik. tugas yg amat2 mulia. tanpa seorg guru mungkin kita msih belum mengenal ABC, 123, alif bata dan sebagainyer.. terima kasih cikgu!!..jasamu akan tetap ku kenang...dan ingtla, MOM is a long life 'teacher' to her kids..... ♥ ♥ ♥

jemputla amik ucapan selamat hari guru ni buat semua rakan2 blog yg bergelar guru ya..

Wednesday, May 12, 2010

Besday Iman & BBQ


Salam semua..kek lagi??lum habis lagi cite besday iman. weekend lepas kami balik kg banting, kumpul semua adik beradik tuk buat mkn2 sikit sempena 4 perkara. Ape 4 perkara tu?
1. besday iman yg ke-2 (6mei)
2. besday abah yg ke 58 (in advance) (13mei)
3. ulangtahun perkahwinan mama abh yg ke 30 (4mei)
4. hari ibu
empat semuanyer..cukupkan..okey. Malam tu kami buat makan2 BBQ, bakar ayam, ikan dan sotong dan masak lauk2 lain sup tulang, gulai pucuk paku dan mcm2 lagi(da xingt da ape lagi). kek pula di"taja" oleh Secret Recipes. (agak terkilan gak sbnrnyer xdpt buat kek tuk besday iman kali ni.) seronok sgt bila dpt kumpul ramai2 cmtu. lebih seronok dapat sambut besday iman yg ke 2 ni ramai2..walaupun secara kecil kecilan. mmg pilihan kami xnak buat besar2. okey jum layan sikit gmbr2
iman moody la malam tu..da ngantuk sgt2 time ni kena paksa lak potong kek n amik gmbr..hehe.

kereta control-hadiah dr mmalong & ayahlong thanksss ya..

ni pula drpda atuk n uwan..terima kasih ya..iman cyg semua

Tuesday, May 11, 2010

Kek Coklat Kukus

Salam kembali..allhamdulillah internet umh n da pulih dgn adenya pemasangan streamyx ni. Insyaallah leh la update blog n cite2 yg da lameeeee tertangguh sblm ni..okey2 jom tgk kek kukus coklt yg minggu lepas buat ni mse besday iman tuk di sedekahkan kat jiran2. sbb xde oven guna la peng "kukus" ciptaan sendri tuk buat kek ni..nasib la jadi..niat bk kot nak bg org. okey tuk resepi leh tgk kat bwh ni..rujukan drpd buku nota memasak ku xingt amik dr mne.
Bahan-bahan
1 1/4cawan tepung gandum
1cawan gula perang
1cawan serbuk koko
1cawan susucair/susu segar/susu perisa coklat
1cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
3butir telur
1sk soda bikabonat
1sk baking powder
2penutup esen vanila
Ganache:
1sb minyak
1sb perasa coklat
1/2cawan susu pekat
Cara-cara
  • Ayak tepung, soda bikabonat, baking powder dan koko.
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat dan minyak dalam periuk dan kacau perlahan-lahan. Masak dengan api kecil hingga semuanya larut. Sejukkan seketika.
  • Sementara itu, pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  • Gaul rata adunan dan masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaul sebati dan tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45minit-1jam.
  • Setelah sejuk hiaskan dengan ganache yg didouble boilkan.

Siap..kek coklat kukus yg simple

Selamat Hari Ibu & Awards

Salam semua..maaf ye terlambat wish ..tapi kire okla drpda xwish kan..hihi ok..dikesemptan ini emi nk ucapankan selamat hari ibu buat semua ibu2 kat dunia ni.. terutama dan teristemewa buat mama tersayang Pn Hajah Siti Jumilah Kusni dan mak mertua Pn Hajah Asmah. Moga Mama dan mak sentiasa dlm keadaan sihat waafiat dan ceria.. sayangg mama. terima kasih tak terhingga kerana membesarkan kami..
terima kasih juga buat award2 ni yer..Ros, Alongz dan love



Thursday, May 6, 2010

My Little IMAN turns 2


Salam...Allhamdulillah, panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah yg Maha Esa, kerana dengan berkat dan hidayahnya bertambah lagi umur anakandaku tersayang ni..yea.. my little IMAN turns to TWO today. Terasa terlalu pantas mase berlalu. mcm baru semalam kami dikurniakan cahayamata ini. Syukur sgt2 Iman kian membesar dan kami sgt2 gembira melihat perkembangannya, kesihatannya dan segalanya tentang die. Im proud to be his mom..ya, dgn melahirkan diala..ku mendapat status IBU, kami mendapat status IBUBAPA. Kewujudannya betul2 menceriakan rumah tangga kami. ALLHAMDULILLAH.. jom tgk sikit cerita-ceriti TENTANG IMAN.. Iman 1jam lepas lahir

Pada tanggal 6 Mei 2008, jam 11.03pg bertempat di Hospital Bersalin Razif Klang., lahirnya cahayamata kami yang diberi nama AN-NUR IMAN HAQIMI BIN ANUAR seberat 3.59kg.(Walaupun mase tu perut nampak kecik je). Allhamdulillah Iman lahir dengan agak mudah tnpa emi merasa pengalamn sakitnya kontaksi dan pecah ketuban. Masuk2 wad pun mmg xskit tp dktr bgtau da masenya bila tgk bukaan. Pagi tu dktr yg pecahkan air ketuban dan Iman lahir 2jam selepas itu. Pengalaman melahirkan iman secara normal sgt2 memberikan pengalaman terindah buat ku dan memberi pengalaman baru bagi kami bergelar AYAHIBU. Dan syukur juga, kerana diberi peluang menyusukan iman hingga kini.
iman menyarapiman dah bole berdiri
iman 8bulan(tumbuh gigi 3btg)
iman 1thun 8bulan
Semoga dengan ulang tahun Iman yg ke 2 ini AyahIbu doakan agar Iman menjadi anak yg sihat tubuh badan, baik akal fikiran, baik akhlak budi, cemerlang, beriman dan menjadi insan yg berguna. Amin..

p/s : InsyaAllah smbutan mjlis besday Iman akan kami sambut kat kg ujung minggu nnti secara kecil kecilan. Yeah..mlm ni blik kg..matta ne~

Wednesday, May 5, 2010

Hepi Anniversary Mama-Abah


Semalam 4hb genap hari ulang tahun perkahwinan Mama dan Abah yang ke-30..TAHNIAH buat mama abah yg sentiasa mesra dan moga sihat2 dan ceria2 sentiasa bersama. Mmg suke bile tgk mama abh ni..still loving couple...sayang mama abh..HAPPY ANNIVERSERY MAMA ABAH..

Esok pulak hari ulang tahun besday IMAN..yeah..Iman will be turning to 2 tommorow..huhu kejap sungguh mase berlalu yer. Rase macam baru je lagi hihi..tau2 dah semakin membesar n meninggi da..Macam2 da iman tau..perkembanganya berjalan dgn baik..dah leh jdi teman borak da ni :)mga membesar menjadi insan yg berguna INSYAALLAH~
#sgt2 tension dgn line internet kat sini la..1hrni baru dpt nk buat post ni..huhuhu

Monday, May 3, 2010

Nasi Mandhi

Salam buat semua..dihari isnin. dah masak ke? hrni masak nasi jer..smlm ade kenduri kawen kat kg dpt la mcm2 lauk so terpikir nk buat nasi ni tuk disuai padankan dengan rendang daging tu bg secocok gitu.Letak sekali kopok chachos tuk kudapan sampingan. bg ade krup..krup sikit mase makan..Resepi ni amik n cedok dr umah k.ummi kt homesweethome nyer leh tgk kat sini Nasi Mandhi..buat pun ala2 k.ummi buat xbubuh arang tu..tp sebab xcukup rempah2 tu emi tambah serbuk sup sikit. Mintak ampun yer edit sikit2 ni.. Jemput makan semua..k.ummi mintak izin CnP yer..nnti emi send 1pinggan yer
Bahan:-
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan -emi guna beras biasa
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih -emi ade stok bunga cengkih jer

1sb rempah sup-ni emi tambah
Sedikit pewarna kuning- guna
1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
    Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
    (#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit. ~xbuat juga


nasi mandhi brsama rendang dan chachos~