Monday, October 11, 2010

Doa bayi dalam kandungan terpelihara

Minggu lepas da pegi check up baby dalam kandungan da masuk 5bulan. Allhamdulillah doktor kata semua baik. berat pun bertambah. Pergerakannya pun da mula aktif. moga anak ibu ni sihat2 hendaknya. Hari ni nak share doa yg baik diamalkan buat ibu2 yang mengandung, moga nak dalam kandungan terpelihara, insyaAllah..

"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

5 comments:

ijayuji said...

Salam emi, sekejap jer dah 5 bulan! sonok kan kalau bb dah aktif ni sure perut kena tendang2 geliat sana sini hihihi...sonok pengalaman masa pregnant ni, semoga bb n ibu sentiasa sihat sehingga waktunyer insyaAllah!

emilia said...

time kasih ye k.ika..amin..

PearlnScarf said...

take care yer ibu

anie,Nagoya said...

salam emi.jg makan ya.... dah lama tak sggh...tup..tup..dah ada isi...TAHNIAH

emilia said...

time ksih ye

Animated  Sparkly Love Heart