Thursday, June 13, 2013

Rare Yogurt Cheese Cake


Seterusnya buat cheese cake ni. Kebetulan adik datang tido kat rumah. So adelah dessert nak makan. Kombinasi biskut oreo, cheese dan sos blueberry tu xdelah rase muak sgt, rase masam2 sikit. cuma ank2 xmakan sangat, bdk2 suke yg ade coklat2 sllunyer.. okey resepi rujuk dari blog ROS leh tgk kat sini Rare Yogurt Cheese Cake. thnnks ros, mintak izin CnP di sini yer..

Rare Yogurt Cheese Cake ( dasar@base biskut oreo) 

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm) emi guna saiz15cm
Untuk base ( dasar pada kek)
8 keping biskut oreo yang dibuang inti vanilanya
2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake

150gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) di Malaysia boleh guna jenama nestle natural yogurt
200ml whipping cream
100gram cream cheese philidelphia
90gram gula
1 sudu besar jus lemon ( yang ni tak letak pun takpe) 

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin
10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel)
50ml air
- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api perlahan dan kecil. sejukkan sebentar. (suam)

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu


Cara-cara

1. Blender biskut oreo hingga hancur, boleh guna blender kering tu.

2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.

3. Alaskan loyang spring foam dengan baking sheet@kertas minyak, tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang spring foam bulat 16cm.

4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.

5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.

6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.




Takoyaki

Salam dan selamat pagi buat semua.. Ujung minggu2 ni plan buat takoyaki utk minum ptg. Iman dah lma request. Setiap kali pegi jusco ni menu waji yg kena beli di samping sushi. Okey buat untuk satu adunan saja dpt dlm 35 ketul kalau tak silap. Sebelum ni ade gak buat..resepi leh tgk kat SINI atau SINI. Resepi ni lain sikit ni utk rujukan bersama..


Bahan-bahan#

  • 225g tepung takoyaki - emi guna tepung gandum tambah sedikit serbuk udon/dashi
  • 2 biji telur size M
  • 550-600ml air
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - boleh juga guna  udang dipotong kecil2
  • keropok tempura @ kubis - dicincang halus
  • negi@daun bwg- xletak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos takoyaki - @kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin
  • ikan parut @ katsuobushi,@ fish flakes
  • nori halus-xletak
Cara-cara
  • Blendkan bahan-bahan #, Elakkan dari berketul.
  • Panaskan acuan takoyaki dan lenserkan dengan sedikit  minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan separuh sahaja.
  • Letakkan bahan2 isi.
  • Tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh melimpah2 pun xpe.
  • Kemas dan balik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Masak hingga masak dan angkat.
  • Picitkan sos takoyaki dan mayonis. 
  • Taburkan  fish flakes dan nori.
  • Sedia untuk di hidang. Sedap dimakan panas2.


Friday, June 7, 2013

Pau Lembut ButterMilk

Salam..selamat petang.. ape menu minum petang hari ni.. Kami makan pau.. 1st time buat.. dah lame hajat di hati nak mengepau.. menu dari ROS aka jintan manis.com dah lame tersimpan, buatnyer tidak jugak.. hari ni tercapai gak .. itu pun hasilnyer kurang lembut sikit sebab kekurangan yis huhu.. lain kali ikut resepi betul2 key.. ape2 pun masih sedap di makan..terima kasih ros sumbang resepi..dan tips yg sangat menbantu (lame dah x aktif blog masak2 ni) mintak izin share kt sini yer

Pau Lembut ButterMilk (emi dpt dlm 15 ketul)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( bahan doh pau)
400 gram tepung roti ( kalau guna tepung pau lagi bagus) emi guna tepung pau
100gram tepung gandum
200ml buttermilk (susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan )
100 ml air suam
2 sudu kecil baking powder
50 gram shortening @ lemak sayuran
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
8gram atau 3 sudu kecil yis emi guna 6 gram je sbb xcukup huhu
Untuk Inti: ros guna inti kacang merah, kaya dan krim coklat.emi guna initi kaya dan kari ayam

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pau dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, permukaan doh kena licin dan masa menguli amat penting bila membuat doh pau, pastikan doh betul lembut dan licin sebelum diperap,  perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin. ( jika menggunakan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah 2 di bawah) .

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil (15 bahagian 70gm setiap satu) dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, kaya, krim coklat ataupun ape jua inti kegemaran anda,  tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. Jika pau kecil-kecil, cukup hanya 5 ke 6 minit sahaja. emi buat dalam 10 minit
 
Nota Tambahan ros jintanmanis.com

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja), jika buat pau yang comel, 5 ke 6 minit sudah mencukupi.
3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
5. Jangan buka penutup sebelum masa yang ditetapkan, kalau asyik buka penutup pengukus tu, haba sejuk membuatkan pau sensitif dan pau akan mengecil dan permukaan nye berkedut.
6. Untuk pastikan pau yang dihasilkan putih melepak-lepak pastikan guna bahan yang putih, contohnya guna shortening, jangan guna butter atau marjerin.
7. Di sarankan guna tepung pau, jika ade lah, tepung pau adalah tepung low protein.
8. Jika sudah nampak pau yang siap diletak inti tu sudah naik dua kali ganda, terus kukus, jangan over perap, nanti liang dalamnya belubang-lubang bila terlebih masa perapan.


Wednesday, June 5, 2013

Mini pizza


Salam.. Lame rupanyer xbuat pizza atau roti.. naik berabuk breadmaker kat stor.. Alasannyer sllu xcukup bahan.boleh terima ke alasan..? Allhamdulillah hrni dapat gak buat pizza versi mini.. ni pun sbb yis yg ade tinggal sikit dapatla buat separuh adunan. Seronok anak2 makan terutamanya iman.. licin betul emi dapat makan segigit jer. okey resepi masih ikut resepi doh pizza sebelum2 ni cuma ni jadi 1/2 adunan utk 5 ketul mini pizza..suka resepi ni sbb guna tepung gandum jer xyah ssh2 cari tepung roti..hasil masih kekal lembut.

BAHAN-BAHAN :
150 g tepung gandum
3 g instat yeast
10 g mentega
8 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
secubit garam
1 camca besar madu
80 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan tabur:
daging/ayam cincang
sos tomato
keju mozarella
mayonis


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :-Sapu loyang dengan sedikit mentega atau lapik dengan kertas. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 5 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari bentuk bulat dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza/ sos tomato dan tabur bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella dan mayonis. Bakar 20 - 22 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera 
  3. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal lembut..


Tiramisu Mudah


Okey ni menu pada hari yg sama..Teringin sgt nk makan tiramisu..jadinyer buatla tiramisu yg paling mudah.. nak cari yg mudah je kn. okey resepi hasil godek2 dari beberapa sumber blog di campur tolak bahagi jadila cam ni..


Bahan-Bahan (5-6 bekas)

1biji kek span
250 ml whipping cream
150gm Cream cheese
sedikit serbuk koko
1cawan gula
1sk esen vanila
1sk sebuk nescafe
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Mula-mula masukkan cream cheese. whipping cream, esen vanila dan gula ke dalam satu bekas. Putarkan dengan menggunakan mixer pada kelajuan perlahan dan naikkan kelajuan sedikit demi sedikit.

2. Bancuhkan serbuk nescafe tadi sengan 1/2 cawan air. tuangkan sedikit di atas piring.

3. Potong kek mengikut acuan dan golek2kan sedikit diatas air nescafe tadi.(sikit saja jgn rendam).

4. Masukkan ke dalam cawan atau bekas dadih, mampatkan.

5. Tuang adunan krim cheese tadi dalam 2 sudu. Ayakkan sedikit serbuk koko diatasnya. Ulang lagi proses dari (3) tadi hingga (5).

6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan..

wallah...xboleh berhenti nak makan..suke keknyer di potong sedikit nipis dan krim cheesenyer yg banyak..